Luar Negara Berita

Gareth Bale Enggan Raikan Gol Kemenangan Jadi Tanda Tanya

Gareth Bale berjaya menjaringkan penalti selepas dimasukkan pada aksi pada kedua ketika Real Madrid menewaskan Levante 2-1 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Penalti penuh kontroversi itu dihadiahkan oleh pengadil Ignacio Iglesias, tetapi Video Bantuan Pengadil mendedahkan Casemiro sengaja merebahkan bada.

Biarpun menjaringkan gol kemenangan, pemain kebangsaan Wales itu enggan meraikan jaringan berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa wujud hubungan tidak sihat diantara gergasi Sepanyol dan Gareth Bale.

Ia berikutan daripada pengurus pasukan, Santiago Solari yang banyak meletakkan Bale di bangku simpanan sejak pulih daripada kecederaan.

“Pemain-pemain boleh meraikan jaringan dengan cara yang mereka mahu selagi kami meraih kemenangan,” kata pengurus Real, Santiago Solari.

Ini adalah perlawanan keenam Bale diletakkan di bangku simpanan dan ia menimbulkan persoalan adakah Bale akan disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika aksi Clasico menentang Barcelona, awal pagi Khamis di separuh akhir Piala Raja Sepanyol.

“Dia nampak teruja di bilik persalinan kerana dia menjaringkan gol,” kata Solari. “Saya gemar dengan cara dia menyertai permainan, keinginan tingginya untuk bermain dan membantu dan dia memberikan kami kemenangan dan bekerja keras.”