Bekas penyerang kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bahawa beliau tidak akan kembali menyarung jersi Selangor pada musim hadapan.
Safee yang membuat 105 penampilan bersama Selangor serta menjaringkan 36 gol buat The Red Giants sebelum berpindah ke Pelita Jaya tidak mungkin akan kembali menyarung jersi Selangor kerana dimaklumkan bahawa beliau tiada dalam perancangan pasukan.
Beliau yang sudah tamat kontrak dengan PKNS FC selepas dua musim bersama kelab itu telah melakukan 33 penampilan dan menjaringkan sembilan gol.
“Saya tidak mungkin ke Selangor kerana sudah dimaklumkan saya tiada dalam perancangan mereka,”
Beliau turut mengesahkan bahawa terdapat beberapa perbincangan telah berlaku diantara beliau dan beberapa kelab Liga Super tetapi belum memutuskan masa hadapan beliau untuk musim hadapan.
“Sebelum ini ada berbincang dengan beberapa pasukan tapi belum ada yang serius jadi saya masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pasukan berminat.
“Berdasarkan keupayaan ketika ini, saya percaya masih lagi boleh bersaing di peringkat kompetitif,” katanya kepada Berita Harian.