Eropah Berita

Eksiden Keganasan Cemari Perlawanan Liga Juara-Juara Di Antara AEK Athens Dan Ajax

Perlawanan Liga Juara-Juara diantara AEK Athens dengan Ajax telah dicemari oleh adegan ganas sebelum perlawanan bermula.

Peminat Ajax diserang oleh penyokong tuan rumah yang melemparkan suar ke kawasan penyokong Belanda.

Gambar-gambar yang mengejutkan menunjukkan pegawai polis memukul peminat Ajax sehingga mengakibatkan beberapa orang daripada mereka berdarah di kepala.

Ada beberapa rakaman video yang viral menunjukkan seorang lelaki dipercayai penyokong AEK menuju ke kawasan penyokong Ajax dan melempar bom petrol sehingga mengakibatkan seorang lelaki mengalami pendarahan yang teruk.

Dalam masa yang sama, dilaporkan bahawa pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt menuju ke arah peminat untuk cuba mendamaikan mereka, tetapi usahanya gagal. 

Masuk pada babak kedua, beberapa eksiden membaling mercun terjadi diantara kedua-dua penyokong.

Apabila pertandingan berlangsung, Dusan Tadic menjaringkan dua gol pada babak kedua untuk mendapatkan kemenangan 2-0 untuk pelawat. Ia memastikan mereka mendapat tempat ke pusingan 16 Liga Juara-Juara untuk kali pertama dalam 12 tahun.

Pertahanan Serbia menjaringkan gol dari dalam kotak penalti pada minit ke-68. Beliau menambah gol kedua empat minit selepas itu.