Santai Luar Negara

Senarai ‘transfer-transfer’ gergasi yang mungkin berlaku pada musim panas ini

Cristiano Ronaldo

Sejurus selepas menjulang piala UCL minggu lepas, Ronaldo seolah-olah memberi gambaran bahawa dia mahu meninggalkan Real Madrid. Destinasi seterusnya? PSG jelas berminat untuk membawa masuk Ronaldo dan Jorge Mendes dikatakan sudah memulakan perbincangan bersama kelab Perancis itu.

Mauro Icardi

Penjaring terbanyak Serie A ini kini menarik perhatian dua kelab gergasi Eropah, iaitu Juventus dan Chelsea. The Blues, terutamanya, cukup berminat untuk membeli Icardi

Alvaro Morata

Setelah gagal memberi impak bersama skuad Chelsea, Morata sudah bersedia untuk meninggalkan London. Juventus menjadi pilihan utamanya kerana penyerang Sepanyol itu pernah mewakili skuad Old Lady dan mereka juga turut berminat untuk membawa masuk penyerang baru untuk musim depan.

Robert Lewandowski

Lewandowski dikabarkan mahu mencari cabaran yang baru, selepas mendominasi Bundesliga bersama skuad Bayern Munich sejak tahun 2014. Dua kelab yang kini memburu tandatangan penyerang Poland itu? Real Madrid dan Chelsea.

Alisson Becker

Penampilan cemerlang Alisson Becker bersama AS Roma musim lepas menjadikannya sasaran utama beberapa kelab gergasi di Eropah. Namun, Liverpool kini muncul sebagai pasukan yang sedang menunjukkan minat secara agresif, ekoran persembahan Loris Karius di final Liga Juara-Juara Eropah minggu lepas.

Gareth Bale

Selepas menjadi hero Real Madrid di final UCL minggu lepas, Gareth Bale terus mendedahkan keinginannya untuk berhijrah ke kelab lain demi mencari peluang beraksi dalam kesebelasan pertama secara lebih konsisten. United dikatakan sedang memantau situasi Bale, namun Tottenham Hotspur juga kini bersedia untuk menerima kepulangan bintang Wales itu.

Jordi Alba

Kontrak Jordi Alba bersama Barcelona akan akan tamat pada tahun 2020, namun kedua-dua pihak masih belum mengadakan sebarang perbincangan untuk melanjutkan kontrak Alba. Bek kiri Sepanyol itu kini dikaitkan dengan Manchester United kerana Jose Mourinho mahu mencari pengganti buat Luke Shaw, yang dijangka akan dilepaskan pada musim panas ini.

Nabil Fekir

Selepas membawa masuk Fabinho, Liverpool kini akan mengubah fokus mereka terhadap Nabil Fekir. Jurgen Klopp cukup meminati gaya permainan Fekir, dan pemain itu sendiri dikatakan mahu menyarung jersi The Reds musim depan.

Jorginho

Walaupun Pep Guardiola berkata bahawa City mungkin tidak begitu aktif dalam jendela perpindahan musim panas ini, Jorginho merupakan sasaran utama mereka untuk musim depan. Pemain Napoli itu akan dibawa masuk untuk menggantikan Yaya Toure.

Neymar

Neymar menggemparkan dunia bolasepak selepas berhijrah ke PSG musim lepas, namun bintang Brazil itu dikhabarkan tidak begitu gembira dengan kehidupan di Paris. Salah satu alternatif untuk Neymar adalah untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan di antara Real Madrid dan PSG. Neymar ke LaLiga, Ronaldo ke Ligue 1?