Jordan layak ke Piala Dunia 2026 buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan Oman 3-0 di Muscat, Oman.
Ketiga-tiga gol itu merupakan hatrik dari Ali Olwan yang beraksi dengan Selangor pada musim lalu dengan jaringan pada minit ke-45, ke-51 dan 64.
Turut sama layak ke Piala Dunia ialah Korea Selatan selepas menewaskan Iraq 2-0 di Basra.
Setakat ini, pasukan dari Asia yang telah layak ke Piala Dunia ialah Jepun, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan dan Jordan.