Berita AFC Champions League

JDT catat kehadiran tertinggi AFC Champions League Elite 2024-2025

AFC memaklumkan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kehadiran tertinggi dalam AFC Champions League Elite bagi musim 2024-2025.

Ini berdasarkan purata 32,975 penyokong dalam 5 perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sepanjang musim ini.

Perlawanan Pusingan 16 menentang Buriram United merupakan kehadiran yang tertinggi JDT dengan 34,644 penyokong di stadium.

Perlawanan menentang Pohang Steelers menduduki tempat kedua dalam kehadiran sepanjang masa dengan 34,590 penyokong.

Secara keseluruhan, seramai 166,543 penyokong hadir ke perlawanan ACL Elite di gelanggang JDT di Iskandar Puteri.