Berita

JDT tewaskan Kuching City dalam perlawanan terakhir liga

JDT melabuhkan tirai saingan musim Liga Super 2024-2025 dengan kemenangan 2-0 ke atas Kuching City dengan keadaan hujan lebat di Sarawak.

Ini merupakan kemenangan ke-23 daripada 24 perlawanan musim ini buat JDT.

JDT mendahului seawal minit ke-5 menerusi Bergson yang menyempurnakan sepakan penalti.

Romel Morales menjaringkan gol kedua pada minit ke-26.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

JDT tidak berhasil menambah gol pada separuh masa kedua namun cukup untuk meraih kemenangan di hujung perlawanan.

JDT akan beraksi berdepan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 26 April ini.