Liga Super Malaysia Berita

JDT belasah KDN FC 9-0

JDT mencatatkan kemenangan terbesar musim ini apabila menewaskan KDN FC 9-0 dalam Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.

5 daripada 9 gol itu dijaringkan oleh Bergson di separuh masa pertama.

Bergson menjaringkan gol pendahuluan JDT seawal minit ke-8.

Masuk minit ke-20, Bergson menambah 3 lagi gol dalam tempoh kurang 10 minit.

Bergson menjaringkan gol ke-5 pada minit ke-36 dengan kedudukan 5-0 kekal di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Romel Morales menjaringkan 2 gol iaitu pada minit ke-55 dan 58. Ini disusuli Shahrul Saad pada minit ke-62.

Safiq Rahim melengkapkan kemenangan buat JDT dengan jaringan pada minit ke-84.

JDT kini meraih 67 mata daripada 23 perlawanan manakala KDN FC kekal tercorot dengan 7 mata selepas mencatatkan kekalahan ke-19 musim ini.

JDT akan bertemu Kuching City di Sarawak pada 16 April ini.