Challenge Cup Berita

Selangor mara ke final Challenge Cup 2025

Selangor mara ke final Challenge Cup selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kali terakhir Selangor mara ke final adalah pada final Piala FA menentang JDT tahun lalu.

Gol jaringan Alvin Fortes pada minit ke-66 cukup untuk meraih kemenangan dengan agregat 2-0.

Selangor akan bertemu PDRM dalam perlawanan akhir pada 15 dan 22 Februari.