
FAM mengumumkan senarai awal nama 29 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-61 pada 15 Februari 2025 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029.
Terdahulu, kesemua 18 ahli gabungan FAM (tidak termasuk Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung keahlian) telah diberi masa selama 24 hari iaitu dari 24 Disember 2024 hingga 16 Januari 2025 untuk mengemukakan senarai nama calon masing-masing bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco).
Selepas tempoh akhir yang diberikan iaitu pada jam 5.30 petang (Khamis, 16 Januari 2025), terdapat satu ahli gabungan yang tidak menghantar borang pencalonan manakala satu ahli gabungan yang menghantar borang pencalonan tetapi tidak sempurna. Oleh itu, hanya pencalonan daripada 16 ahli gabungan yang sah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan FAM.
Selepas proses pengiraan, jumlah keseluruhan calon yang diterima ialah seramai 39 orang tetapi hanya 29 orang calon yang akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan memandangkan baki 10 orang calon lain itu tidak mendapat jumlah pencalonan minimum seperti yang termaktub dalam Artikel 31, Perenggan 6, Statut FAM.
Bagi menandingi jawatan presiden, seseorang calon itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam pencalonan dari ahli-ahli gabungan FAM manakala bagi jawatan Timbalan Presiden memerlukan lima pencalonan, jawatan Naib Presiden memerlukan empat pencalonan manakala jawatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) memerlukan dua pencalonan.
Calon-calon yang layak untuk bertanding ini akan diberikan Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan untuk mereka membalas semula borang berkenaan selewat-lewatnya pada Khamis, 23 Januari 2025 dengan menyatakan persetujuan untuk bertanding jawatan yang dicalonkan atau sebaliknya iaitu tidak bersetuju.
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pemilihan FAM juga akan menghantar nama mereka untuk proses saringan integriti membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta semakan status kebankrapan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Seterusnya, Jawatankuasa Pemilihan FAM akan mengumumkan senarai akhir iaitu senarai rasmi nama calon yang layak bertanding pada pemilihan kali ini, pada/selepas Khamis, 23 Januari 2025 atau selewat-lewatnya pada Sabtu, 8 Februari 2025 (tujuh hari sebelum kongres berlangsung). Senarai ini juga akan dihantar kepada 18 ahli gabungan untuk makluman mereka.
senarai awal nama 29 orang calon yang layak bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029 mengikut komposisi jawatan yang ditetapkan iaitu seorang Presiden, dua orang Timbalan Presiden, empat orang Naib Presiden dan 10 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) termasuk dua kerusi diperuntukkan untuk wanita.
Dua individu iaitu Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Datuk Dollah Salleh layak bertanding untuk dua jawatan iaitu Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco). Bagaimanapun, mereka perlu memilih hanya satu jawatan untuk bertanding menerusi jawapan balas dalam Borang Pengesahan Penerimaan Pencalonan.
1. PRESIDEN (1 kerusi)
BIL |
NAMA CALON |
1. |
DATUK MOHD JOEHARI MOHD AYUB |
2. TIMBALAN PRESIDEN (2 kerusi)
BIL |
NAMA CALON |
1. |
DATUK MOHD YUSOFF MAHADI |
2. |
DATUK SIVASUNDARAM A/L SITHAMPARAM PILLAI |
3. NAIB PRESIDEN (4 kerusi)
BIL |
NAMA CALON |
1. |
DATUK SERI ROSMADI ISMAIL |
2. |
SAARAN A/L NADARAJAH |
3. |
DATUK MOHD AZHAR JAMALUDDIN |
4. |
DATUK DOLLAH SALLEH |
5. |
SYED YAZID SYED OMAR |
4. AHLI (8 kerusi)
BIL |
NAMA CALON |
1. |
DATUK MOHD HISAMUDIN YAHAYA |
2. |
TANG CHEE HONG |
3. |
MOHD AZIZUDIN MOHD SHARIFF |
4. |
HISHAMUDDIN ABDUL KARIM |
5. |
DATUK ZAINAL ABIDIN HASSAN |
6. |
ZULKIFLI CHE HARUN |
7. |
DATUK KAMARUDIN HASSAN |
8. |
ACP (B) MD DALI WAHID |
9. |
DATUK ADLY SHAH AHMAD TAH |
10. |
DATUK SERI MOHD YUSRI HASSAN BASRI |
11. |
DATUK MOHD AZHAR JAMALUDDIN |
12. |
DATUK DR. FATHUL BARI MAT JAHYA |
13. |
DATUK DOLLAH SALLEH |
14. |
CHRISTOPHER RAJ ARALANTHU |
15. |
DATUK DR. SUGUMARAN A/L PARTHASARATHY |
16. |
DATUK SERI AFANDI HAMZAH |
17. |
DATUK MUSTAPHA NAGOOR |
18. |
ZAMRI IBRAHIM |
5. AHLI WANITA (2 kerusi)
BIL |
NAMA CALON |
1. |
DATUK SURAYA YAACOB |
2. |
DR. SITI FAIDUL MAISARAH ABDULLAH |
3. |
DATUK DR. FADILAH SARBI |
4. |
MIMI AFZAN AFZA |
5. |
NUR IZWANI AZMAN |