Piala Malaysia Berita

Terengganu bolos 4 gol kepada JDT di laman sendiri

JDT meranapkan harapan Terengganu lebih awal untuk mara ke final apabila meraih kemenangan 4-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia.
JDT mendahului seawal minit ke-17 menerusi Romel Morales.
Arif Aiman menambah gol kedua pada minit ke-79 sebelum menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-85.
Bergson melengkapkan kemenangan dengan jaringan gol di hujung perlawanan.
JDT akan bertemu Terengganu dalam perlawanan Liga Super pada 25 Januari sebelum bertemu sekali lagi pada 1 Februari untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia.