JDT mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas KL City dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia di Cheras.
Bergson menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-32 dengan kedudukan 1-0 kekal di separuh masa pertama.
JDT menambah gol kedua pada minit ke-78 menerusi jaringan Heberty.
Namun, KL merapatkan jurang apabila Brendan Gan menjaringkan gol seminit sebelum tamat perlawanan.
Kedudukan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan.
JDT akan bertemu Pahang pada 17 Disember dalam perlawanan Liga Super sebelum kembali bertemu KL untuk perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia pada 21 Disember ini.