Skuad Harimau Malaya akan mengadakan dua perlawanan menentang Laos dan India pada November ini.
Perlawanan pertama menentang Laos akan berlangsung pada Khamis, 14 November 2024 dengan Laos bertindak sebagai tuan rumah, namun ia akan berlangsung di Bangkok, Thailand iaitu di Stadium Port Authority of Thailand (PAT).
Stadium Nasional Lao KM16 di Vientiane, Laos diguna pakai untuk perlawanan Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026, Korea Utara bertemu Iran pada tarikh berkenaan.
Laos memilih Bangkok sebagai venue perlawanan bertemu Malaysia disebabkan mereka akan menentang Thailand, juga di Bangkok untuk perlawanan kedua pada 17 November 2024.
Sementara skuad Harimau Malaya pula akan terbang terus dari Bangkok ke India bagi perlawanan kedua menentang India. Venue perlawanan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Malaysia kini di tangga 133, India di tangga 125 manakala Laos di tangga 187.