Kuala Lumpur City meraih kemenangan terbesar dalam Liga Super musim ini apabila membelasah Kedah 5-0 di Stadium Bolasepak Cheras.
Ini selepas skuad utama Kedah memboikot perlawanan kerana masalah tunggakan gaji.
Paulo Josue muncul wira apabila menjaringkan hatrik buat KL City.
3 gol dijaringkan pada separuh masa pertama manakala 2 lagi gol di separuh masa kedua.
KL mendahului menerusi Jovan Motika pada minit ke-14 sebelum Paulo Josue menambah gol pada minit ke-23, diikuti Zhafri Yahya pada minit ke-26.
Josue menambah 2 gol lagi pada minit ke-49 sebelum melengkapkan kemenangan dengan hatrik pada minit ke-58.
Ini kekalahan kedua terbesar Kedah sejak dibelasah JDT 6-0 bulan lalu.