Piala FA Malaysia Berita

Selangor jumpa Terengganu di separuh akhir Piala FA 2024-2025

Selangor mara ke separuh akhir Piala FA 2024-2025 dengan penuh dramatik selepas menewaskan Kuching City 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Kemenangan itu diraih selepas Selangor terpaksa beraksi dengan 9 pemain dalam tempoh 120 minit perlawanan.
Selangor pada mulanya ketinggalan 1-0 apabila Shamie Iszuan menjaringkan gol meletakkan Kuching City di hadapan seawal minit ke-15.
Zikri Khalili menyamakan kedudukan buat Selangor dengan jaringan minit ke-27 sebelum Alvin Fortes meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-39.
Selangor hampir sah ke separuh akhir apabila Fortes menjaringkan gol di minit-minit akhir perlawanan.
Namun, jaringan Alif Hassan di hujung perlawanan menjadikan kedudukan 3-2, sekali lagi memberi peluang kepada Kuching City dengan agregat 4-4.
Selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam tambahan masa perlawanan, Selangor berjaya menyempurnakan 5 sepakan penalti berbanding 3 sepakan penalti Kuching City, sekali gus mara ke separuh akhir.
Selangor akan bertemu Terengganu di separuh akhir.
Kali terakhir Selangor mara ke perlawanan akhir Piala FA adalah pada 2018.