Liga Super Malaysia Berita

Pulau Pinang, Negeri Sembilan raih kemenangan pertama

Penang dan Negeri Sembilan raih kemenangan pertama musim ini.
Penang menjaringkan gol pendahuluan menerusi Neto Oliveira pada minit ke-45 sebelum Alif Ikmalrizal Anuar menambah gol kedua di hujung perlawanan.
Penang kini di tangga ke-7 dengan 6 mata selepas 5 perlawanan.
Negeri Sembilan turut mencatatkan kemenangan apabila menewaskan Pahang 2-0 di Temerloh, petang tadi.
Skuad Jang mendahului perlawanan menerusi Barathkumar Ramaloo pada minit ke-24.
Takumi Sasaki melengkapkan kemenangan Negeri Sembilan menyempurnakan sepakan penalti.
Negeri Sembilan kekal di tangga tercorot liga dengan 3 mata selepas 4 perlawanan.