Liga Super Malaysia Berita

JDT ke suku akhir Piala FA 2024-2025

JDT kekal dalam landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan KDN FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan itu hasil jaringan Fernando Forestieri, Romel Morales, Francisco Geraldes dan Arif Aiman.
Bagaimanapun, JDT terpaksa menunggu sehingga hujung separuh masa pertama untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Forestieri pada minit ke-44.
JDT lebih agresif di separuh masa kedua apabila 3 gol dijaringkan. Romel Morales menambah gol kedua pada minit ke-61.
Francisco Geraldes pula menyumbangkan gol pada minit ke-82 sebelum Arif Aiman melengkapkan kemenangan hasil sepakan penalti di hujung perlawanan.
JDT akan bertemu Malaysian University di peringkat suku akhir.