Liga Super Malaysia Berita

Tiada Faisal Halim, tiada Arif Aiman

Beberapa pemain terpaksa diketepikan daripada skuad kebangsaan kerana masalah kecederaan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Seramai 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 27 Mei 2024.

Berdasarkan senarai di atas, Pan Gon telah mengekalkan seramai 16 daripada 24 pemain dari skuad bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

Antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah), Adib Ra’op (Penang), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City), Syafiq Ahmad (Kedah) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu).

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum terbang pulang bagi perlawanan keenam bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Chinese Taipei bertemu Oman di Taipei pada 6 Jun 2024 sebelum Oman menanti kunjungan Republik Kyrgyz di Muscat pada 11 Jun 2024.