Syafiq Ahmad menjaringkan gol terpantas Liga Super musim 2024-2025 ini dengan 33 saat dalam separuh masa pertama.
Gol tunggal itu menjadi punca kemenangan pertama Kedah apabila menewaskan PDRM 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Walaupun hanya memakai baju pramusim kerana masalah penajaan, ia tidak sedikit pun menjejaskan peluang pasukan Kedah untuk meraih kemenangan.
Bagaimanapun, Kedah kekal dengan tanpa mata ekoran pemotongan 3 mata sebelum bermula liga kerana tunggakan gaji.