Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Perak 4-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Ipoh.
Harimau Selatan mendahului seawal minit ke-7 menerusi tandukan Oscar Arribas selepas menerima hantaran lintang Heberty.
Lima minit kemudian, Arif Aiman menambah gol kedua selepas berjaya meloloskan diri dari perangkap ofsaid dan melakukan satu lambungan untuk menewaskan penjaga gol Perak, Farhan Majid.
Kedudukan 2-0 di separuh masa pertama berubah pada separuh masa kedua apabila JDT berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan Shahrul Saad hasil sepakan penjuru pada minit ke-76.
The Bos Gaurus akhirnya berjaya menembusi pertahanan JDT apabila Luciano Guaycochea merembat kencang menewaskan Ahmad Syihan pada minit ke-75, menjadikan kedudukan 3-1.
Namun, JDT kembali dengan kelebihan tiga gol apabila Nazmi Faiz Mansor melengkapkan kemenangan pasukannya dengan jaringan pada minit ke-81.
JDT akan menerima kunjungan Perak di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 Nov ini.