B. Satiananthan disahkan meninggal dunia pada usia 65 tahun.
FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga B. Satiananthan atas pemergian bekas ketua jurulatih kebangsaan itu, tengah hari tadi.
Mendiang mengemudi skuad B-23 menjuarai Pestabola Merdeka 2007, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal tahun 2009.
Bekas pemain Negeri Sembilan itu turut pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, ATM, Felda United, Selangor dan Sarawak United.
Satiananthan juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).