![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2023/04/DA6FAB89-DB55-4CCB-8CA5-B9ADF4A2345F-800x788.jpeg)
Johor Darul Ta’zim membuktikan kedudukannya selaku juara bertahan Liga Super apabila membelasah pencabar terdekat Kedah 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal rekod tanpa kalah, meraih 24 mata dalam 8 perlawanan.
Kedah pula jatuh ke tangga ketiga liga apabila kekal dengan 16 mata dalam 8 perlawanan.
JDT pada mulanya hanya meraih 1 gol dalam separuh masa pertama, menerusi Fernando Forestieri pada minit ke-23.
Namun, segala-galanya berubah di separuh masa kedua apabila JDT meraih 3 gol dalam tempoh 5 minit.
Feroz Baharudin menanduk masuk gol kedua pada minit ke-48, sebelum Oscar Arribas menjaringkan gol ketiga 2 minit kemudian, manakala Bergson menjaringkan penalti pada minit ke-53.
Arif Aiman menjaringkan gol kelima pada minit ke-77 sebelum Leandro Velazquez melengkapkan kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.
JDT akan bertemu PDRM pada 19 April manakala Kedah akan menentang KL City pada 18 April.