Kedah meraih kemenangan dramatik apabila menewaskan Terengganu 1-0 dengan jaringan saat akhir di Stadium Darul Aman.
Ia kemenangan manis buat Nafuzi Zain yang meraih kemenangan ke atas pasukan lamanya, Terengganu.
Ini sekali gus menjadikan Kedah sebagai pasukan ketiga meraih 6 mata selepas Sabah dan JDT.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bergelut menjaringkan gol apabila masing-masing gagal menterjemahkan peluang di hadapan gol.
Bahagian serangan sukar menembusi pihak lawan manakala bahagian pertahanan kedua-dua pasukan tidak berdepan masalah untuk mematahkan serangan.
Namun, ketika perlawanan memasuki minit ke-90, hantaran pertahanan pasukan Terengganu berjaya dirampas oleh Kedah, dengan Fadzrul Danel muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya.
Kedah akan bertemu PDRM di Alor Setar pada 4 Mac manakala Terengganu bertemu KL City pada 5 Mac.