Liga Super Malaysia Berita

Sabah belasah PDRM, kini di puncak Liga Super

Sabah unggul dalam perlawanan pembukaan Liga Super apabila membelasah PDRM 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ini menyaksikan Sabah kini berada di puncak Liga Super dengan kelebihan 4 gol.

Pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani dari Indonesia muncul antara pemain yang cemerlang dalam perlawanan apabila menjaringkan 2 gol.

Sabah mendahului menerusi Saddil yang menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-13.

Pertahanan Park Tae-su dari Korea Selatan menambah gol kedua pada minit ke-37 memberi kelebihan 2-0 buat Sabah di separuh masa pertama.

Saddil menjaringkan gol ketiga pada minit ke-71 sebelum pemain kebangsaan, Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan apabila menjaringkan gol beberapa minit sebelum wisel penamat.