Liga Super Malaysia Berita

Perak dibelasah Kedah selepas 2 pemain dilayangkan kad merah

Kedah unggul dalam perlawanan pembukaan Liga Super apabila membelasah Perak 4-1 di Ipoh.

Ia permulaan cemerlang buat Nafuzi Zain dalam perlawanan pertama kendaliannya di Kedah berbanding Lim Teong Kim di Perak.

Perak mendahului seawal minit ke-3 menerusi Ikhwan Hafizo.

Kedah bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Lee Tuck pada minit ke-17.

Perak kemudian terpaksa bermain 10 pemain apabila Haziq Puad menerima kad kuning kedua akibat kekasaran.

Kedah menggunakan kelebihan pemain apabila meraih gol kedua menerusi sepakan penalti Willian Lira pada minit ke-67.

Perak kehilangan seorang lagi pemain apabila Sunday Afolabi dilayangkan kad merah.

Ariff Farhan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84 sebelum Jonathan Balotelli melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada masa tambahan separuh masa kedua.

Keputusan 4-1 memihak kepada Kedah kekal hingga tamat perlawanan.