PJ City sedang mencari pemilik baharu, dengan pemain didakwa diminta untuk mencari pasukan baharu bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Ini selepas tersebar khabar angin mengatakan PJ City akan menarik diri musim depan, walaupun telah mendapat kelulusan lesen kebangsaan dan beroperasi dengan 100 peratus pemain tempatan.
“PJ City akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi sama ada akan kekal di Liga Malaysia musim depan,” lapor NST.
CEO PJ City, S. Ganesh akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pemain PJ City mendakwa pihak pengurusan memaklumkan bahawa pasukan itu akan menamatkan operasi.
Jurulatih P. Maniam juga memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran kontrak baharu bagi musim depan.
Musim ini, PJ City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-9, meraih 26 mata dalam 22 perlawanan.
Jika PJ City menarik diri, hanya 15 pasukan akan bersaing untuk musim depan.