Malaysia Berita

Undian Piala AFF 2022: Malaysia jumpa Vietnam, Singapura

Skuad kebangsaan diundi bersama juara dua kali, Vietnam dan Singapura dalam Kumpulan B bagi saingan Piala AFF 2022.

Ini kali ke-4 Malaysia bertemu Vietnam di peringkat kumpulan, selepas bertembung pada edisi 2016, 2018 dan 2020.

Malah, skuad kendalian Kim Pan-gon akan berdepan Myanmar dan Laos pada Disember ini.

Juara bertahan, Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara, Indonesia.

Filipina, Kemboja dan pemenang aksi kelayakan sama ada Brunei atau Timor Leste akan melengkapkan Kumpulan A.

Kejohanan ini menjadi platform pemanas badan buat Malaysia sebelum mengharungi cabaran Piala Asia 2023 tahun hadapan.