Terengganu mara ke final Piala FA setelah menewaskan Selangor 4-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam pusingan separuh akhir di Kuala Terengganu.
Ini kali ke-5 Terengganu mara ke final dalam sejarah Piala FA selepas 1999, 2000, 2004, 2011 dan akan bertemu JDT pada edisi 2022.
Selangor menjaringkan gol pendahuluan menerusi Nor Hakim Hassan yang berjaya menyudahkan hantaran Quentin Cheng dari sebelah kanan pada minit ke-22.
Terengganu bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi rembatan Faisal Halim pada minit ke-47.
Namun, kedua-dua pasukan masih gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat masa penuh 90 minit serta 120 minit permainan.
Di sebalik itu, Terengganu unggul dalam penentuan sepakan penalti apabila 4 pemainnya berjaya menyempurnakan sepakan dengan hanya Manuel Ott gagal sempurnakan penaltinya.
Selangor pula gagal menyempurnakan sepakan penalti menerusi Harith Haiqal dan Yazan Al-Arab.
Sepakan penalti Shahrul Nizam Ros Hasni menewaskan Samuel Sommerville melengkapkan kemaraan Terengganu ke final Piala FA.