Skuad kebangsaan dijangka bertemu dengan sebuah pasukan dari Amerika Selatan, Asia dan Timur Tengah dalam Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru yang akan berlangsung di Thailand pada September ini.
Ini sebagai persiapan sebelum mengharungi Piala AFF pada Disember dan Piala Asia pada tahun depan.
“Buat masa ini saya difahamkan kejohanan tersebut akan disertai negara yang menduduki ranking lebih baik sama ada dari Asia atau wilayah Timur Tengah dan Amerika Latin dan ia akan dilangsungkan di Hat Yai atau Pattaya,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar kepada Berita Harian.
Namun, biarlah pihak penganjur yang mengumumkan lebih lanjut.”
Skuad kebangsaan juga akan mengadakan sesi latihan berpusat pada September dan November, namun soal mengadakan sesi latihan berpusat di luar negara masih dipertimbangkan.
“Kita pun belum tahu sama ada kita akan bermain pada Jun ataupun 2024. Apabila kita sudah tahu mengenai undian dan sebagainya, barulah kita boleh merancang untuk adakannya (di luar negara).
“Kita juga perlu lihat kalendar liga kerana untuk mengadakan latihan pusat di luar negara, mungkin ambil masa sehingga dua minggu jadi kita perlu pertimbangkan juga faktor ini.”