Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan Liga Super dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa bekerja keras dengan serangan bertali arus untuk memecahkan kubu pertahanan Penang bagi mencari jaringan berharga itu.
Selepas bertarung selama 70 minit, Bergson da Silva akhirnya menjaringkan gol kemenangan apabila menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain muda Arif Aiman.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 1-0 @penang_fc
Bergson da Silva menanduk masuk hantaran Arif Aiman untuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-70'.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/iPEqEYbKto
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 4, 2022
Di Lembah Klang, perlawanan berakhir dengan penuh dramatik antara KL City dan Selangor FC apabila terikat 3-3 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pada perlawanan yang tertunda lebih kurang 40 minit akibat hujan lebat itu, Selangor terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Hyuri Henrique pada minit ke-18, namun skuad The City Boys berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh Zhafri Yahya selang seminit kemudian.
Skuad Gergasi Merah sekali lagi mendahului menerusi sepakan penalti Herlison Caion pada minit ke-27, apabila penyerang import dari Brazil itu dijatuhkan dalam kotak penalti oleh D. Kenny Pallraj.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak bertahan lama apabila KL City sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Hadin Azman yang menanduk masuk hantaran lintang Paulo Josue pada minit ke-32, sebelum rembatan dari luar kotak penalti Ryan Lambert pada minit ke-60 meletakan pasukan tuan rumah di hadapan.
Skuad kendalian Bojan Hodak terus ditimpa malang apabila pengadil perlawanan Fitri Maskon melayangkan kad merah kepada Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-73 selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain Selangor.
Selangor sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Irfan Zakaria, menyaksikan Caion tampil menyempurnakan sepakan pada minit ke-78 menewaskan penjaga gol tuan rumah Kevin Ray Mendoza.
📹 HIGHLIGHTS: @klcityfootball 3-3 @selangorfc
"Derbi" Lembah Klang yang mendebarkan berakhir dengan keputusan seri.
Zhafri Yahya, Hadin Azman dan Ryan Lambert menjaringkan gol KL City manakala Hyuri dan Caion (2 gol) membalas untuk Selangor.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/IakIaVGxZs
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 4, 2022
Dalam pada itu, Kedah mengutip tiga mata selepas mengatasi pendatang baharu liga, Sarawak United menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Negeri, Kuching.
Penyerang baharu Kedah, Ronald Ngah muncul wira buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak dengan jaringan tunggal pada minit ke-16.
📹 HIGHLIGHTS: @sufc_rasmi 0-1 @kda_fc
Jaringan Ronald Ngah memastikan skuad Sang Kenari meraih kemenangan di Kuching.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/Rge4mfGXA6
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 4, 2022
Di Kota Kinabalu, Sabah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dan deretan peluang terhidang apabila kalah 0-1 kepada juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan di Stadium Likas.
Sabah mendapat peluang terbaik untuk mencipta gol apabila pengadil Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-47, selepas penyerang Neto Pessoa dikasari penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dalam kotak penalti, namun sepakan penyerang import dari Brazil itu diselamatkan oleh Syihan.
Skuad kendalian K. Devan berjaya mengesahkan tiga mata apabila pemain pertahanan, Khair Jefri Jones merembat masuk sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee, yang gagal dikeluarkan oleh benteng pertahanan Sabah pada minit ke-52.
📹 HIGHLIGHTS: @sabahfcofficial 0-1 @nsfc1923
Khair Jefri Jones menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan rembatan padu pada minit ke-52.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/bDvavwW1sN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 4, 2022