Premier League Berita

Man United tewas lagi, walaupun sudah dihadiahkan sepakan penalti

Ole Gunnar Solskjaer sudah terlalu lama berada di Manchester United untuk menyedari bahawa pasukannya sebenarnya dalam krisis ketika ini, apabila mencatatkan kekalahan mengejut 1-0 Aston Villa di Old Trafford semalam, menjadikan rekod United tiga kekalahan dalam empat perlawanan ketika ini.

Ini juga kekalahan pertama Man United dalam Premier League musim ini, menerusi jaringan tunggal Kortney Hause yang menanduk masuk gol pada minit ke-88 dan juga kegagalan Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti.

Kekalahan terhadap Aston Villa itu dicatatkan selepas Man United tersingkir dari pusingan ketiga Piala Carabao kepada West Ham dan kekalahan mengejutkan kepada Young Boys dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Ini baru bulan September, Man United.

“Kami sebenarnya beraksi sangat baik dalam perlawanan, menyerang dengan cepat tetapi bila sampai kepada penyudah, kualitinya tidak cukup bagus untuk mendapatkan gol,” kata Solskjaer selepas perlawanan.

“Malangnya, kami dibolosi gol ketika sepakan penjuru. Kami tidak mempunyai kawalan yang cukup, walaupun kami memiliki 60 peratus kawalan bola dan 30 percubaan. Apa yang menyakitkan kami adalah sepakan sudut di akhir perlawanan dan Bruno, salah satu kegagalan penaltinya yang sangat jarang berlaku. ”

Pada mulanya, perlawanan ini dilihat akan berakhir dengan seri untuk United sehinggalah Hause menanduk masuk hantaran bola yang dilakukan Emiliano Buendia hanya dua minit sebelum tamat perlawanan, menjadikan keputusan kelihatan jauh lebih buruk.

Solskjaer meluahkan rasa tidak puas hatinya, dan bukan hanya kerana gol itu dihasilkan dari sepakan penjuru. “Keputusan tidak konsisten, VAR dan pembuat keputusan,” katanya.

“[Ollie] Watkins jelas menghalang David [De Gea] ketika bola ditanduk masuk. Penjaga garisan melakukannya dengan baik, menggunakan VAR, tetapi pengadil menolaknya, keputusan yang sangat buruk sekali lagi.”

United kini mengharungi 8 perlawanan Premier League di Old Trafford tanpa mencatatkan sebarang clean sheet untuk pertama kalinya sejak musim 1971-72. Sekarang, mereka juga kehilangan Luke Shaw dan Harry Maguire kerana kecederaan.

Aston Villa menyangkakan gol Hause mencukupi untuk mencatatkan kemenangan tetapi dikejutkan dengan sepakan penalti setelah tandukan Edinson Cavani terkena tangan Hause.

Bruno Fernandes, bukannya Cristiano Ronaldo, bertanggungjawab untuk menyelamatkan Man United, tetapi tendangannya akhirnya melayang ke arah Stretford End.

Tidak ada gunanya Solskjaer mengeluh pasukannya tidak mendapat penalti yang mencukupi jika mereka sendiri gagal menyudahkannya.

“Bruno adalah pengambil penalti yang baik dan anda boleh pertaruhkannya dengan gadai janji (mortgage) anda,” kata Solskjaer.

“Dia boleh mempamerkan prestasi cemerlang setiap hari untuk kelab dan pasukannya tetapi kadang-kadang keputusan tidak memihak kepada kita. Apa yang saya tidak suka adalah mereka mengerumuni pengadil di kotak penalti. Mereka dapat apa yang mereka mahukan.”

Selepas ini, Man United akan bertemu Villareal pada aksi UEFA Champions League pada 30 Sept dan Everton dalam Premier League pada 2 Oktober.

Kelab akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, dan United akan kembali pada 16 Oktober bertemu Leicester.