Premier League Berita

Lepas kalah tiga kali, Arsenal kini menang tiga kali berturut-turut

Kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi Tottenham menunjukkan Arsenal mampu pulih daripada prestasi buruk awal musim ini.

Ini setelah The Gunners membelanjakan £140 juta merangkumi 6 pemain bawah umur 23 tahun.

Empat daripadanya beraksi menentang Spurs, dalam pasukan yang umurnya rata-rata lebih daripada 24 tahun, ini juga diperkuat dengan kemasukan dua pemain berbakat, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka yang sama-sama menjaringkan gol dan menjadi lambang kebangkitan Arsenal ketika ini.

Tidak sama langsung dengan Spurs. Tottenham nampaknya berusaha untuk mengalahkan Arsenal tetapi pemain tengahnya gagal beraksi dengan baik.

Tanguy Ndombele dan Dele Alli meninggalkan kawasan tengah padang terlalu kerap, meninggalkan Pierre-Emile Hojbjerg seorang di bahagian tengah ketika pasukan tuan rumah melakukan serangan.

Spurs menemui rentak permainan semula pada separuh masa kedua tetapi perlawanan telah pun lama berakhir apabila Smith Rowe, Pierre-Emerick Aubameyang dan Saka menjaringkan tiga gol dalam masa 34 minit, rekod paling pantas dalam derby London Utara.

Son Heung-Min berjaya membawa pulang saguhati pada minit ke-79 untuk menyelamatkan sedikit maruah Spurs, dengan Harry Kane terpaksa menunggu lebih lama untuk menjaringkan gol pertamanya dalam Premier League musim ini, seolah-olah beliau tidak berminat lagi untuk beraksi dengan Spurs.

Ini masih lagi menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh Nuno Espirito Santo. Daniel Levy sebelum ini berkata bahawa Spurs akan melantik jurulatih yang akan “kembali bermain bola sepak dengan gaya yang bebas, menyerang dan menghiburkan.”

“Banyak perkara yang salah, bermula dengan keputusan yang saya buat,” kata Nuno selepas perlawanan.

“Taktik permainan tidak berhasil kerana kami tidak melaksanakannya dengan baik.”

Kroenke Sports & Entertainment tetap setia dengan Mikel Arteta setelah permulaan yang hambar kerana mereka percaya pada visi yang dimiliki oleh jurulatih Sepanyol untuk masa depan.

Tidak ada jaminan kepercayaan ini akan berterusan, kerana ia boleh berubah bila-bila masa, tetapi Arteta kini dapat menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit.

“Ketika kita sedang berusaha untuk bangkit semula dan melakukan perkara yang betul, kita perlu tetap berpegang kepada prinsip,” kata Arteta. “Sekarang kami sedang mengukuhkan hubungan dengan penyokong kami.”

Arsenal berdepan Brighton & Hove Albion dan Crystal Palace bulan depan sebelum menentang Aston Villa dan Leicester City.