Liridon Krasniqi tidak sabar untuk beraksi dengan Odisha FC dalam saingan Liga Super India bagi musim 2021/2022.
Ini setelah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencapai persetujuan bersama Odisha FC untuk pemindahan pemain naturalisasi berusia 29 tahun itu secara pinjaman.
“Odisha juga mempunyai pilihan klausa pembelian sepanjang tempoh pinjaman tersebut,” kata JDT menerusi Johor Southern Tigers.
Liridon juga diumumkan secara rasmi menerusi media sosial Odisha, Liga Super India serta mendapat liputan meluas media di negara Asia Selatan itu.
🚨Mercato Update🚨
✍🏻 Welcome to Odisha, @LiriKrasniqi8! 💜#OdishaFC #AmaTeamAmaGame #ANewDon #WelcomeLiridon #RespectTheBeard @IndSuperLeague pic.twitter.com/cPW2yKblB2
— Odisha FC (@OdishaFC) August 23, 2021
“Saya sangat gembira dapat menyertai Odisha FC dan saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan yang menakjubkan di India,” kata Liridon dalam video pengenalan rasmi Odisha.
“Saya harap ia akan menjadi musim yang hebat di bawah kendalian Ketua Jurulatih Kiko Ramirez.
“Saya tidak sabar untuk memulakannya dan bertemu rakan sepasukan di OFC. Kami akan mencuba dan memberikan kegembiraan kepada semua peminat Odisha pada musim akan datang.
Kiko Ramirez menyifatkan kehadiran Liridon akan memantapkan barisan tengah pasukan Odisha.
“Liridon mempunyai perwatakan, disiplin dan kegigihan tinggi. Dia mempunyai kemampuan fizikal yang tinggi dan memiliki teknik yang baik.
“Dia juga pemain tengah box-to-box yang dapat membantu di bahagian serangan dan pertahanan dan akan memberikan kekuatan kepada pasukan sepanjang 90 minit permainan.”
Presiden Kelab Odisha FC, Raj Athwal mengalu-alukan kedatangan Liridon ke kelabnya.
“Kami teruja menerima kehadiran Liridon Krasniqi, pemain Malaysia ke Kelab Bola Sepak Odisha.
“Pemain tengah yang mengagumkan yang juga mahir dalam pertahanan, dia menambahkan kedalaman skuad dan kualiti kepada pasukan ini.”
Initial reactions from our newest acquisition 🗣💬#OdishaFC #AmaTeamAmaGame #ANewDon #WelcomeLiridon @LiriKrasniqi8 pic.twitter.com/o9vxkvgrCa
— Odisha FC (@OdishaFC) August 23, 2021