Ifedayo Olusegun menjadi wira Selangor apabila menjaringkan hatrik sekaligus menewaskan Kedah 4-2 di Stadium Darul Aman malam tadi.
Ia menjadikan Ifedayo penjaring terbanyak Liga Super dengan 20 gol.
Kedah mendahului menerusi Kpah Sherman dengan sepakan lencongan pada minit ke-23.
24' Gol | Gerakan satu dua antara Tchetche Kipre dan Kpah Sherman menghasilkan gol pertama Kedah Darul Aman FC!@kda_fc 1-0 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/cGvBCOrU1B
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2021
Namun Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti setelah Renan Alves dilayangkan kad merah selepas menghalang bola dengan tangan di hadapan pintu gol.
Kekurangan pemain Kedah pantas memberi kesan apabila Selangor mendahului dua minit kemudian menerusi Danial Asri untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Namun Kedah menyamakan kedudukan dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi tandukan Anumathan Mohan Kumar, menjadikan kedudukan 2-2.
74' Gol | Ifedayo sekali lagi! Penyerang Selangor FC ini meledak gol ke-19 peribadinya musim ini.@kda_fc 2-3 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/fn9xVGUKn2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2021
Bagaimanapun Kedah gagal mengekang kemaraan Ifedayo yang cemerlang di separuh masa kedua apabila menjaringkan gol mudah pada minit ke-74 dan melengkapkan kemenangan dengan jaringan di minit akhir perlawanan.
90+2' Gol | Ifedayo melengkapkan hatrik keduanya musim ini!@kda_fc 2-4 @selangorfc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/EWjxCgZUrl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2021
Selangor kini menduduki tangga ke-4 dengan 29 mata selepas 18 perlawanan manakala Kedah di tangga ke-5 dengan 26 mata selepas 14 perlawanan.