Liga Super Malaysia Berita

Lebih 6 bulan tidak beraksi, Dickson Nwakaeme bersara dari dunia bola sepak

Dickson Nwakaeme membuat keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 35 tahun.

Beliau memaklumkan keputusan itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Dickson mula dikenali peminat Malaysia apabila menyertai Kelantan pada Februari 2013, serta memenangi Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2013.

Namun beliau kemudian menyertai Pahang pada Nov 2013.

Di Pahang, beliau muncul sebagai penyerang berbisa, membantu pasukannya memenangi Piala Malaysia 2014 dan Piala FA 2014.

Beliau kekal di Pahang selama dua tahun sebelum membuat kejutan apabila berpindah ke kelab Ligue 1, SCO Angers.

Bagaimanapun, Dickson kembali ke Pahang pada musim 2019 dibawah kendalian jurulatih Dollah Salleh.

Namun, Dickson sekali lagi meninggalkan Pahang pada penghujung musim 2020 dan tidak lagi beraksi dengan mana-mana pasukan.