Satu perkara yang Real Madrid ketahui adalah bagaimana untuk menang – dan mereka memang menang ketika gergasi Sepanyol itu menyambut Liverpool ke ibu kota Sepanyol di Liga Juara-Juara.
Vinicius Junior bermain dengan penuh cemerlang menjaringkan dua gol, ditambah dengan serangan hebat rakan sepasukan, Marco Asensio, mendorong mereka untuk menang 3-1, dengan berkesan menjadikan gol penyerang Liverpool, Mo Salah untuk The Reds sebagai saguhati sahaja.
Madrid bermula dengan kawalan dan keyakinan yang baik dan segera diberi ganjaran pada minit ke-27 ketika mereka melonjak ke depan dengan Toni Kroos berkesan dalam permainan awal. Vinicius yang menyelesaikan langkah dengan gaya.
Segalanya bermula menajdi buruk untuk Liverpool kurang dari sepuluh minit kemudian, ketika Asensio mengesahkan kehadirannya dan menggandakan keunggulan Madrid untuk menjadikannya tugas berat bagi pasukan dari Anfield.
Dengan permainan yang masih belum selesai, Liverpool menarik gol kembali sejurus selepas babak kedua dimulakan semula dengan Mo Salah memberikan gol, menyelesaikan dari jarak dekat setelah melakukan kerjasama yang sangat baik dengan Gini Wijnaldum.
Walau bagaimanapun, penjaringan gol itu memang tidak mencukupi untuk Liverpool sebab tidak lama kemudian Vinicius memberikan satu lagi tamparan kematian untuk mengakhiri perjuangan Liverpool, dan memperoleh kemenangan pertama yang penting bagi pasukan Zinedine Zidane.
Sergio Ramos, sebahagian penting dari kemenangan Madrid 3-1 ke atas Liverpool dalam pertemuan terakhir mereka, final Liga Juara-Juara 2018 di Kyiv, tidak berada di lapangan setelah mengalami kecederaan ketika bertugas dengan La Roja. Namun, dia berada di permainan dan menghantar tweet pasca-pertandingan bahawa dia merasa “marah kerana tidak berada di lapangan, tetapi bangga melihat [rakan sepasukannya] melakukannya.”