Malaysia Berita

De Paula sedar prestasinya dikritik, mahu buktikan keupayaannya dengan skuad kebangsaan

Guilherme De Paula menyedari kritikan terhadap prestasinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah, sebaik sahaja disahkan menjadi pemain naturalisasi negara, beliau gagal menjaringkan sebarang gol untuk Perak dalam empat perlawanan berturut-turut.

Namun, De Paula membuat kejutan apabila menjaringkan dua gol cantik sehingga berjaya mengikat JDT 2-2 di Ipoh minggu lalu.

“Saya tahu ramai yang bercakap mengenai saya,” katanya kepada Harian Metro.

“Ini adalah masanya untuk membalas segala kritikan itu.”

Bukan itu sahaja, De Paula juga mahu membuktikan keupayaan beliau di peringkat lebih tinggi, selepas dua hari mengikuti sesi latihan skuad kebangsaan.

“Saya gembira dengan barisan kejurulatihan yang sentiasa membantu dan menyokong malah memberi motivasi kepada pemain untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan.

“Ramai yang mengatakan mengenai prestasi saya dan mengetahui mengenai perkara namun tidak mahu memikirkannya kerana sekarang fokus adalah beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan.

De Paula juga menganggap kehadiran penyerang tempatan seperti Luqman Hakim dan Ramadhan Saifullah sebagai satu persaingan sihat dalam skuad kebangsaan.

“Saya mengetahui dalam pasukan ada ramai pemain muda berbakat seperti Luqman dan Ramadhan yang mempunyai masa depan cerah.

“Semua pemain skuad kebangsaan cukup bagus dan saya gembira dapat menyertai mereka untuk menggalas cabaran negara.”