Liga Super Malaysia Berita

Liga Super: Perak tewas di laman sendiri, Terengganu buktikan mereka pencabar JDT

Pusingan ketiga Liga Super berakhir di Ipoh apabila Perak tewas 2-0 kepada Terengganu.

Terengganu mendahului menerusi jaringan Faisal Halim dalam kotak penalti pada minit ke-24.

Walaupun Perak cuba menyamakan kedudukan dengan serangan demi serangan menerusi Guilherme De Paula, ia gagal diterjemahkan dengan baik sama ada disebabkan penyudah yang tumpul atau kecekapan pertahanan pihak lawan.

Ketika perlawanan melewati minit ke-90, Terengganu sekali lagi mengejutkan tuan rumah apabila menggandakan jaringan menerusi Dechi Marcel N’Guessan, sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukan dari Pantai Timur itu.

Terengganu kekal di tangga kedua liga dengan mengumpul 9 mata selepas 3 perlawanan, berkongsi mata dengan JDT dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol.