Valencia bukan untuk tidak dijual, kata presiden Valencia, Anil Murthy.
Beliau sekali gus menafikan spekulasi bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengambil alih kelab La Liga itu.
“Kelab ini bukan untuk dijual,” katanya ketika ditemui pemberita di Valencia.
“Rakan-rakan saya memberitahu saya mengenai Instagram putera Johor, saya bercakap dengan Peter Lim dan tidak ada petunjuk mengenai kemungkinan untuk menjual kelab ini.”
🦇 Anil Murthy, presidente del @ValenciaCF
❌ "El club no está en venta"
🗣️ "Mis compañeros me hablaron del Instagram del Príncipe de Johor, hablé con Peter y no hay ninguna indicación sobre la posibilidad de vender el club"
📽️ @DepCOPEValencia pic.twitter.com/v42x5pMAuP
— El Partidazo de COPE (@partidazocope) March 2, 2021
Jutawan Singapura Peter Lim adalah pemilik Valencia ketika ini.
Menerusi Meriton Holdings, beliau membeli Valencia FC dengan harga € 420 juta (RM2 bilion) pada tahun 2014, dan jumlah itu termasuk € 200 juta untuk melunaskan hutang kelab.