Liga Super Malaysia Berita

JDT mula tambah baik Stadium Sultan Ibrahim menjelang musim 2021

JDT dilihat sudah memulakan proses menambah baik Stadium Sultan Ibrahim.

Rumput padang dalam stadium tersebut sudah dicabut dan sedang dikelilingi oleh jentera-jentera pembaikan, kemungkinan untuk menyediakan rumput baharu.

Ini seperti apa yang diperkatakan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini yang kurang berpuas hati dengan kualiti padang dan mengarahkan kerja-kerja penambahbaikan dijalankan serta-merta.

Menurut Johor Southern Tigers, Stadium Sultan Ibrahim juga sedang dalam proses melengkapkan ‘Fans Area’ dan mencantikkan lagi kawasan-kawasan di stadium itu.

Walaupun peminat masih belum dibenarkan datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, JDT mengambil berat terhadap keperluan peminatnya.

Disebabkan proses penambahbaikan itu, pasukan JDT akan beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin buat sementara waktu untuk saingan Piala Malaysia.

Satu lagi pasukan JDT akan ke Qatar bagi menyambung saingan ACL 2020.