AFC mengumumkan jadual baharu Champions League musim 2020 dengan menyaksikan JDT bakal kembali beraksi dalam saingan peringkat Asia itu pada Oktober ini.
Dalam kalendar terbaru AFC, JDT yang beraksi dalam kumpulan G akan bertemu Guangzhou Evergrande pada 17 Oktober, diikuti dengan perlawanan menentang Suwon pada 23 Oktober dan bertemu Vissel Kobe pada 29 Oktober ini.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan menyaksikan JDT bertemu Guangzhou pada 1 November.
JDT vs Guangzhou Evergrande 17 Oktober
JDT vs Suwon Bluewings 23 Oktober
JDT vs Vissel Kobe 29 Oktober
Bagaimanapun, kesemua lokasi perlawanan akan diadakan di stadium berpusat.
Sebelum ini Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John berkata stadium akan dipilih berdasarkan situasi sesebuah negara tuan rumah dalam menangani COVID-19 serta mempunyai kemudahan perubatan dan fasiliti yang baik.
AFC turut mengesahkan bahawa Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan akan berlangsung dari 14 hingga 31 Oktober, Kejohanan Futsal AFC di Turkmenistan (4 hingga 15 November), Kejohanan AFC B-16 di Bahrain (25 November hingga 12 Disember) dan Kejohanan Kelab Futsal AFC 2020 di Emiriah Arab Bersatu akan berlangsung dari 2 hingga 13 Disember.
Ini bermakna, kebanyakan kejohanan peringkat antarabangsa akan diadakan antara bulan Oktober hingga ke Disember.
Ini termasuk kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan menyaksikan Malaysia bertemu UAE pada 8 Oktober, Vietnam pada 13 Oktober dan Thailand pada 17 November.