Malaysia Berita

Brad Maloney akui tidak sabar mahu melihat Wan Kuzri beraksi

Ketua jurulatih skuad B-19, Brad Maloney mengakui sudah tidak sabar untuk melihat Wan Kuzri Wan Kamal untuk beraksi, walaupun pemain itu kini sedang menjalani kuarantin selepas tiba dari Amerika Syarikat.

Maloney yakin Wan Kuzri mampu memberikan sumbangan besar kepada pasukan kebangsaan menjelang Kejohanan AFC B-19 pada Oktober ini.

“Saya tidak pasti bila dia akan mengikuti latihan tetapi kami ingin melihatnya secepat mungkin,” katanya kepada Bernama.

“Tapi dari apa yang saya lihat, dia adalah pemain berkualiti sejak berlatih dengan pasukan senior di Amerika Syarikat…jadi saya rasa dia boleh menjadi aset berharga bagi skuad negara.”

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/3018788631551214

 

Bagaimanapun, Maloney enggan bersikap berat sebelah terhadap Wan Kuzri, sebaliknya memberikan tumpuan sama rata kepada semua 34 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat.

Ini memandangkan semua pemainnya sudah lama tidak beraksi akibat wabak COVID-19.

“Kami sedang dalam proses memastikan pemain dalam tahap kecergasan berbeza dan sudah tentu kami sedang berusaha meningkatkan kemampuan pada masa ini.

“Mereka tidak menjalani latihan intensiti tinggi untuk waktu yang lama. Oleh itu kami berusaha secara perlahan-lahan untuk mencapai tahap yang diinginkan.”