Wan Kuzri Wan Kamal berpeluang untuk menyertai skuad B-19 negara pada bulan September ini.
Setakat ini, perjalanan rentas negeri dan penerbangan domestik sudah pun dibenarkan, namun penerbangan luar negara masih terbatas.
Namun, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang bermula 10 Jun dan berakhir pada 31 Ogos dijangka menjadi sekatan terakhir sebelum penerbangan luar negara dibenarkan semula.
Ini satu perkembangan positif buat FAM yang mengakui sedang berusaha mencari jalan untuk membantu Wan Kuzri yang berpangkalan di Amerika Syarikat membuat penerbangan ulang-alik bagi mewakili negara dalam Kejohanan AFC B-19 yang berlangsung di Uzbekistan pada Oktober ini.
Usaha itu dibuat bagi membantu Malaysia B-19 dalam misi untuk layak ke Piala Dunia B-20 pada tahun hadapan.
Wan Kuzri merupakan pemain akademi kelab St Louis FC di Missouri, kelab divisyen kedua Amerika Syarikat, USL Championship.