Malaysia Berita

Marcel Kalonda kini hanya tunggu surat rasmi dari DR Congo FA

Marcel Kalonda hanya memerlukan surat rasmi daripada Persatuan Bolasepak DR Congo untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah mewakili negara kelahirannya.

Pemain pertahanan kelab Zambia, ZESCO United itu berkata, semua dokumen yang membuktikan bahawa dia mempunyai pertalian darah dengan rakyat Malaysia sudah diserahkan kepada FAM.

Arena Metro melaporkan, pemain berusia 22 tahun itu menjangkakan surat tersebut akan diperoleh seawal esok dan akan terus dihantar kepada FAM.

Jika Kalonda dapat disahkan kelayakannya, FAM bersama-sama jurulatih negara, Tan Cheng Hoe akan menilai tahap keupayaan pemain itu dan sejauh mana dia boleh memberikan impak sebelum disenaraikan dalam skuad kebangsaan.