Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini seolah-olah tidak bermakna buat pemain Kedah apabila mereka langsung tidak menerima baki bayaran gaji seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Mereka hanya menerima peruntukan RM500,000 dua minggu lepas, manakala baki RM1.5 juta masih belum dibayar.
Perkara ini jelas boleh dilihat apabila beberapa pemain Kedah seperti Shakir Hamzah meluahkan rasa tidak puas hatinya di Instagram.
Ugh…indah khabar dari rupa.”
Farhan Roslan pula menyalahkan pengurusan pasukan yang hanya memberikan harapan palsu.
“Kalau cakap betul-betulkan senang, tak adalah orang nak salah faham. Tunggu punya tunggu, ‘last-last’ habuk ja dapat.”
Irfan Zakaria yang baru menyertai Kedah musim ini juga menganggap ia hanyalah janji kosong semata-mata.
Sejak Liga Malaysia ditangguhkan akibat wabak COVID-19, kebanyakan pasukan mengalami masalah kewangan termasuklah Kedah, sehingga menyebabkan gaji dan kebajikan pemain diabaikan begitu sahaja.