
Penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil sekali lagi tampil memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Penjaga gol 23 tahun itu sebelum ini memberikan bantuan kepada beberapa keluarga yang berada dalam kesusahan sepanjang perintah kawalan pergerakan pada bulan Mac.
Assalamualaikum Guys.
Jom saya mencari(10 Keluarga)Yang kurang pendapatan dalam bulan Ramadhan ini untuk di bantu.Saya buat seperti sebelum ini. Setiap keluarga saya berikan Rm50 untuk membeli barang.Saya dahulukan untuk yang ada Keluarga.Boleh DM and hantar detail kepada saya
— Khatul Anuar (@khatul21) May 2, 2020
Kali ini, Khatul memberikan bantuan kepada 10 keluarga yang mengalami masalah sumber pendapatan ketika bulan Ramadan.
Walaupun pemain bolasepak dilaporkan sering menerima gaji yang lumayan, ada juga pemain yang menggunakan kelebihan itu untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.