Liga Super Malaysia Berita

Selepas alami demam panas, Azmeer Yusoff kembali pulih

Pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusoff akhirnya kembali pulih selepas beberapa hari mengalami demam panas.

Berita beliau terlantar di hospital mengejutkan peminat dan ada yang tertanya-tanya sama ada beliau dijangkiti COVID-19.

“Saya sedar ada penyokong yang risau dan tertanya-tanya mengenai status sebenar serta perkembangan kesihatan saya selepas melihat foto terlantar di laman sosial baru-baru ini,” katanya kepada Arena Metro.

“Pada mulanya sakit kepala sejak minggu lalu diikuti demam memaksa saya mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan selepas pemeriksaan itu, saya terus dimasukkan ke wad

“Alhamdulillah selepas tiga hari mendapat rawatan, keadaan saya kini sudah pulih dari demam dan dibenarkan keluar dan kini saya berehat di rumah keluarga di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah sebaik pulih sepenuhnya saya berazam mahu kembali mempersiapkan diri untuk mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.

“Saya ucapkan terima kasih diatas doa dan ucapan daripada penyokong yang mengikuti perkembangan kesihatan saya. Harap semua penyokong turut sama menjaga kesihatan masing-masing ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.”