Liga Super Malaysia Berita

Pemain Kedah ini masuk hospital kerana demam panas, tapi bukan COVID-19

Pemain Kedah, Azmeer Yusoff dilaporkan mengalami demam panas dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Namun Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC) Zulkifli Hashim mengesahkan pemain itu hanya mengalami demam panas yang biasa, dan bukannya dijangkiti COVID-19.

https://www.facebook.com/102225984577592/posts/160603438739846/

“Kami memang agak risau apabila mendapat berita ini dalam media sosial,” katanya kepada Arena Metro.

“Kami terus mendapat pengesahan daripada keluarga terdekat berkaitan status sebenar Azmeer.

“Bagaimanapun selepas menghubungi keluarganya, kami dimaklumkan dia kini mengalami demam panas dan sedang menjalani rawatan yang diperlukan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

“Kami dan seluruh penyokong Kedah kini mendoakan tahap kesihatannya agar kembali pulih dari demam panas yang dialaminya ini dan dengan rawatan terbaik yang sedang jalani ini kami yakin dia akan beransur pulih.”