Johor Southern Tigers mendedahkan bahawa pemain JDT membuat pemotongan gaji sebanyak 33 peratus untuk didermakan sebahagian daripadanya kepada Tabung Bencana Negeri Johor.
Ini termasuk jurulatih dan kakitangan JDT.
Ini atas dasar perikemanusiaan ekoran penularan wabak Covid-19 yang telah melanda semua lapisan masyarakat.
Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini.