Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan memandang serius terhadap serangan atau provokasi melampau termasuk mengeluarkan perkataan berbaur rasis dilakukan segelintir penyokong.
Katanya, setiap kelab atau pasukan negeri perlu memantau secara lebih terperinci berkenaan perkara tersebut.
“Di peringkat MFL, kita akan teliti perkara ini walaupun tidak mendapat sebarang laporan rasmi daripada pihak berkaitan.
“Malah, di peringkat FAM sendiri ada membincangkan perkara berkaitan dan turut memandang serius apa yang diperkatakan oleh jurulatih Selangor B Sathiananthan.”